Search This Blog

Thursday, October 07, 2010

Penyakit Tibi

enyakit yang dianggap antara yang tertua di dunia ini dilaporkan pertama kali dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 Sebelum Masihi.

Hippocrates telah mengenal pasti tibi sebagai penyakit yang paling tersebar luas pada masa itu dan ia selalunya membawa maut.

Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara tahun 1945 hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit berkenaan.

Sebelum ditemui penawar mujarab bagi wabak berkenaan yang turut melanda dunia ketika itu, pesakit tibi diasingkan di satu tempat terpencil 'sonatorium' bagi mengelak jangkitan berlaku. Ubat yang diberikan kepada mereka hanyalah berupa makanan berkhasiat bagi membina ketahanan tubuh yang kuat.

Program kebangsaan Pencegahan Penyakit Tibi yang dilancarkan pada tahun 1961 telah berjaya mengurangkan kes-kes tibi. Penyakit yang berbahaya ini telah dianggap terkawal dan Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan beban penyakit tibi sederhana.

Bagaimanapun, sejak tahun 1995, kes-kes baru tibi meningkat dari setahun ke setahun. Kemuncaknya sebanyak 15,051 kes pada tahun 2000 berbanding 10,873 kes dalam tempoh sedekad.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Mohamed Naim Abdul Kadir berkata, penyakit tibi masih menjadi satu masalah kesihatan awam yang besar kepada negara.

"la merupakan sejenis penyakit berjangkit utama malah mendahului denggi yang lebih ditakuti oleh masyarakat," katanya yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk Pelancaran Hari Tibi Sedunia 2004 peringkat kebangsaan.

Tanggal 24 Mac pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Tibi Sedunia. Bagi tahun ini, Setiap Nafas Adalah Bernilai - Hentikan Tibi Sekarang! dipilih sebagai tema sambutan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, umumnya, satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna, satu daripada setiap tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda sedia mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.

Dr. Mohamed Naim berkata, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi kerana kuman-kuman tibi akan terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang, mungkin sehingga ke akhir hayat.

"Kuman-kuman tibi menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan.

"Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan mereka sempat melawan kuman-kuman tibi," katanya.

Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.

Beliau turut menarik perhatian tentang pertambahan kes-kes baru di dalam negara yang berpunca daripada kes-kes kekebalan ubat tibi yang kini semakin meningkat alirannya dari setahun ke setahun.

"Kes kekebalan ubat tibi berlaku apabila pesakit berhenti mengambil ubat antitibi sebelum masanya.

"Kes kekebalan ubat tibi yang tidak dirawat boleh menyebarkan kuman berbahaya ini kepada orang lain," katanya.

Kata Dr. Mohamed Naim, kuman berbahaya daripada kes ini adalah kebal kepada ubat antitibi yang biasa diberikan kepada pesakit tibi. Akibatnya, gabungan ubat-ubatan antitibi lain yang lebih kuat harus digunakan bagi kes berkenaan.

Walaupun masih boleh disembuhkan tetapi rawatan bagi kes kekebalan ubat tibi mungkin mengambil masa yang lebih panjang.

Pesakit tibi jenis ini, tambahnya, akan menyebarkan kuman yang juga kebal ke dalam badan orang lain yang dijangkitinya. Bagi memastikan para pesakit mengambil ubat secara teratur, fasa rawatan pemerhatian pesakit memakan ubat antitibi (DOT) secara intensif selama dua bulan telah dilaksanakan pada tahun 1999.

Setiap pesakit tibi mesti ke klinik untuk memakan ubat mereka di bawah penyeliaan seorang pengamal perubatan setiap hari.

Jika pesakit mengalami kesukaran untuk datang ke klinik disebabkan keuzuran atau masalah lain, pihak kesihatan akan melantik seorang penyelia dari kalangan ahli keluarga atau ketua kampung untuk memastikan pesakit mematuhi jadual pengambilan ubat seperti yang telah ditetapkan.

"Adalah penting bagi memastikan ubat antitibi sentiasa mencukupi dan tidak boleh terputus walau sekali. "Kepatuhan pesakit kepada rejim ubat-ubatan yang ditetapkan boleh menyembuhkan pesakit 100 peratus," katanya.

Kajian saintifik membuktikan, terapi penggabungan, biasanya empat jenis ubat, merupakan kaedah rawatan terbaik yang digunakan ini. Ia tidak akan menjangkiti orang lain lagi pada saat pesakit memulakan rawatan masing-masing.

Apakah Penyakit Tibi?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. La disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.
Bagaimanakah tibi merebak?
Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.

Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Apakah gejala-gejala tibi?
• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan.

Langkah pencegahan tibi
• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan
• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.

Baqaimanakah caranya mendiagnos tibi?
• Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
• Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.

Rawatan tibi
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Perinkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Tip umum
• Sekiranya anda pesakit tibi yang sedang menjalani rawatan, anda hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
• Rehat secukupnya
• Makan makanan seimbang
• Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman-kuman tibi pada sepanjang masa.
• Jangan biarkan diri dikuasai oleh rokok kerana ia hanya memburukkan keadaan
• Banyakkan bersenam
• Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yang sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak.
• Biarkan cahaya matahari memasuki rumah anda dengan banyaknya kerana ia berupaya membunuh kuman tibi yang terapung-apung di udara dan berselindung di sudut-sudut rumah.
• Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yang sempit.


Wednesday, October 06, 2010

Vietnam semakin ke hadapan

Sumber: Utusan Malaysia,

KUALA LUMPUR 6 Okt – Vietnam telah dikenalpasti sebagai lokasi strategik baharu untuk francaisor dan francaisi tempatan meluaskan pasaran jenama mereka. Pemilihan negara itu adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Menurut MFA, pasaran francais di negara itu berkembang pesat dengan purata perolehan meningkat mencecah 50 peratus setahun dan aliran tersebut dijangka berterusan sehingga 2012.

Vietnam yang mempunyai kapasiti penduduk seramai 87.9 juta merupakan negara ketiga terpantas dalam perkembangan ekonomi di dunia selepas China dan India.

Ketua Eksekutif MFA, Sofia Leong Abdullah, setakat ini syarikat tempatan yang sudah berjaya bertapak di negara berkenaan adalah SP Setia dan Berjaya sahaja.

Menurutnya, MFA akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) untuk mempromosikan pelaburan berpotensi ini kepada usahawan tempatan.

“MFA menyasarkan untuk membawa tujuh atau lapan syarikat francais tempatan yang berpotensi ke sana sebelum akhir tahun ini.

“Kami yakin akan membawa lebih banyak syarikat ke Vietnam tahun depan selepas Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) diumumkan kerajaan kelak,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog Strategi Mengembangkan Pasaran Antarabangsa-Vietnam di sini hari ini.

Sofia berkata, sektor francais yang mendapat permintaan tinggi di Vietnam ialah peruncitan (25 peratus), minuman (20 peratus), restoran (16 peratus), fesyen (9 peratus) dan pendidikan (5 peratus).

“Untuk permulaan MFA fokus kepada sektor pendidikan kerana permintaan terhadap pendidikan bahasa Inggeris sangat tinggi memandangkan bahasa tersebut menjadi bahasa kedua negara berkenaan.

“Antara lokasi strategi di Vietnam adalah di Hanoi, Ho Chi Minh City, Danang, Can Tho dan Hai Phong,” ujarnya.

Kata Sofia, keadaan ekonomi Vietnam sudah jauh berubah berbanding lima tahun dahulu dan segala kemudahan yang disediakan negara berkenaan untuk pelabur asing juga serba moden setanding dengan negara lain.

Katanya, lebih dua juta rakyat Vietnam belajar dan tinggal di luar negara dan dianggar lebih AS$20 bilion (RM61.9 bilion) telah disalurkan ke negara berkenaan oleh golongan tersebut dan ini menjadi antara faktor utama peningkatan kuasa membeli di sana.

“Sebagai contoh harga Loteria Burger dari Jepun dijual tiga kali ganda lebih mahal berbanding makanan sama keluaran tempatan tetapi masih menjadi pilihan.

“Purata rakyat Vietnam mengunjungi restoran makanan segera asing sebanyak tiga kali sebulan,” jelasnya

Monday, October 04, 2010

Wartawan Melayu

Untuk menjadi seorang wartawan, mestilah seorang yang bebas tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kumpulan ataupun persatuan.

Wartawan ini ibarat pengadil di atas padang bolasepak. Tidak perlu menjatuhkan hukuman yang berat sebelah di antara dua pasukan yang bertanding. Itulah sebenarnya tugas wartawan. Lagipun, penulisan wartawan ini akan disiarkan dan dibaca oleh masyarakat. Jadi, sekiranya terdapat ulasan ataupun pandangan yang berat sebelah ataupun hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja, ini sebenarnya salah di sisi Allah.

Amanah:- Allah menyatakan bahawa seseorang yang amanah itu adalah orang yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan sesuatu bukan meletakkan barang sahaja, tetapi pelakuan, perbuatan, penulisan, pandangan dan sebagainya. Jadi, rezeki Allah turunkan melalui pekerjaan sebagai wartawan. ini tidak bermaksud wartawan itu boleh membuat pandangan penulisan berdasarkan kata hati dan perasaannya sahaja. Ingatlah, rezeki yang Allah turunkan kepada kita itu adalah amanah dari Allah supaya kita sesama umat manusia berbuat baik dan menjauhi kemungkaran.

Kemungkaran:- Kemungkaran bukan sahaja bermaksud tidak melakukan maksiat. Melaga-lagakan pemimpin, menjatuhkan martabat manusia lain, membuat ulasan terhadap manusia lain berdasarkan andaian peribadi yang lahir dari pemikiran sendiri dan nafsu amarah juga dimungkari oleh Allah. Di akhirat, bukan pemimpin yang kita sanjungi yang akan membantu kita, tetapi amalan dan perbuatan kita sendiri yang hanya akan membantu kita.

Politik:- tidak perlulah kita bersikap kasar dan buruk sangka disebabkan hal-hal politik. Ingatlah politik ini dicipta oleh Yahudi untuk melibat bangsa dan agama berpecah belah. Politik yang mengakibatkan bangsa palestin berpecah kepada Fatah dan Hamas. Di Malaysia, kiblat umat melayu adalah politik, manakala kiblat orang cina adalah duit. Bangsa Melayu dilaga-lagakan sesama bangsa supaya bangsa Melayu menjadi lemah. Lupakan soal politik buat seketika, usah campuri urusan parti, bangkitkan perasaan cinta pada bangsa dan negara tanpa menjatuhkan maruah dan martabat parti yang dibenci. Jangan perlu mengaitkan soal melayu dengan mana-mana parti/pertubuhan.

Islam:- Jarang sekali kita lihat penulisan hari ini menegur pemimpin yang lain berdasarkan ayat-ayat Allah dan Sabda Rasulullah S.A.W. Wartawan hari ini lebih cenderung mengulasnya berdasarkan kenyataan pemimpin, padahal mereka juga adalah manusia, cuma darjat dan kedudukan politik mereka sahaja yang lebih tinggi. Selebihnya, hanya Allah yang lebih mengetahui siapa yang lebih mulia disisi-Nya.



Sunday, October 03, 2010

Hak Istimewa

sedikit lagi bingkisan dan ringkasan untuk diteliti:- ..entah apa yang diperjuangkan tak taula..

1. Pertubuhan/NGO yang berpaksikan kaum adalah sesuatu yang merugikan. mereka memperjuangkan perkauman mereka, perlembagaan negara, hak-hak keistimewaan kaum..sedangkan untuk siapa mereka perjuangkan, hak-hak kaum mereka ataupun hak-hak mereka atas kepentinga kolonial, kronisme atapun peribadi. Siapa yang mencipta Perlembagaan, manusia ataupun Tuhan??? adakah Perlembagaan sudah cukup sempurna untuk dibawa negara sehingga Kiamat??????

2. Tanah>>>>>>>
2a. Umum mengetahui, sekiranya tuan tanah negara adalah untuk kaum2 asal sahaja, pemikiran mereka sebenarnya terlalu sempit. tuan2 tanah adalah tuan yang namanya tertulis dalam geran tanah tersebut. dilaungkan ke, berdemo ke, kalau nama atas geran tersebut dari kaum mana sekalipun, dialah pemiliknya..Jadi mana perginya hak-hak keistimewaan yang dibanggakan mereka...ke mereka nak beli semua tanah kat negara ini, bagi semuanya kat kaum2 mereka...pergilah beli kalau mampu..

3. Pelajaran
3a. Umum mengetahui, kaum asal akan mendapat kouta yang lebih untuk menyambung pelajaran ke menara gading. tidak seperti kaum lain.Namun harus diingat, hari ini pemikiran manusia lebih kepada pelajaran bukan pengajaran. pelajaran hanya subjek matter sahaja, bukannya dibawa 100% ke alam pekerjaan, tidak pula dapat dikaitkan dengan duit yang dibelanjakan seharian. Hari ini, setiap yang berumur 18 tahun - 24 tahun pasti dapat melanjutkannya ke menara gading, dari sijil, diploma, ijazah, sarjana mahupun doktor falsafah, semuanya perlukan duit, sumber mana untuk diperolehinya tidak dapat dipastikan kecuali berhutang ataupun biasiswa(berapa kerat sahaja yang dapat biasiswa jika dinisbahkan dengan pelajar keseluruhannya).. Jadi, perjuangan ini sebenarnya dibayar dengan hutang, beban yang perlu ditanggung di alam pekerjaan nanti.. inikah perjuangan yang dimaksudkan oleh pertubuhan ini..tau tak mereka, sebenarnya lebih 70% kaum asal memiliki sijil, diploma, ijazah, sarjana, doktor falsafah berbanding kaum lain, tetapi ke manakah mereka ini...ke manakah halatuju mereka ini semua, segulung kejayaan tidak bermakna mereka mendapat loteri rm100ribu, tetapi mungkin mereka ada menanggung beban rm100ribu diatas kepala mereka. cuba lihat kedai2 di sekeliling kita sahajalah, mereka ini memulakan perniagaan berdasarkan segulung pendidikan ataupun pengalaman dan pengajaran dari orang tua mereka.dan hampir 70% dikuasai oleh kaum bukan asal dari tanah ini...(betul ke)..duit2 kita pula sedekahkan kepada mereka melalui servis perkhidmatan ataupun pertukaran barang..adakah tokey2 kedai ini berkelulusan tinggi ataupun dimana tahap pendidikan mereka????

3b. Umum juga mengetahui pemikiran orang tua kaum asal lebih kepada kebajikan anak-anaknya, dari kecil diajar, "anak, belajar rajin-rajin, biar pandai, kerja nanti dapat pekerjaan yang lumayan, makan gaji." Hampir 90% dari kaum asal mempunyai pemikiran ini, tetapi tidak ramai yang mengajar anak mereka berdepan risiko untung rugi, perniagaan, kecualilah asalnya keluarga mereka ini berniaga. angka ini tidak besar dan masih kecil jika dinisbahkan kepada penduduk negara ini. walhal, disinilah duit yang paling banyak diterima, hasil dari pekerjaan makan gaji akan dimasukkan ke akaun kedai2 barangan pengguna/servis ini. tidak pula diajar semasa kecil tentang perihal duit yang boleh bertambah...yang diajar hanyalah kerja dengan syarikat besar ataupun kerja kerajaan.

4. Kontraktor kelas F...
4a. Hak-hak mereka yang 100% adalah dari pegangan kaum asal ini dipelihara dan dijaga, umum mengetahui, lebih 200ribu yang berdaftar sebagai kon klas F ini, projek yang mereka peroleh juga cukup2 makan. tetapi harus diingat, duit projek pembangunan ini disalurkan kepada industri pembinaan dan kita juga mengetahui, industri pembinaan, dari kilang, pemborong, dan kedai hardware sendiri dipelopori oleh kaum-kaum lain, jadi keuntungan dari projek ini bukan sepenuhnya dapat kepada kaum asal, tetapi hanya sedikit sahaja, selebihnya adalah didermakan kepada kedai2 yang menjual barangan dan servis pembinaan ini.itu belum dikira dengan kes alibaba lagi. jadi, sekiranya hendak dibantu, asasnya perlulah kukuh, syarikat pemilikan penuh kaum asal yang membuat kilang pembinaan, pemborong dan kedai2 hardware ini juga perlu diberi perhatian dan pertolongan, sekiranya tujuan asal kerajaan untuk membantu kaum asal, sebenarnya yang menerimanya adalah di atas sahaja seperti piramid, dibawahnya semua kaum2 lain..itu belum dikira pekerja yang digaji yang kebanyakannya diimport dari luar negara. jadi, untuk apa pertubuhan ini memperjuangkan hak, kalau dari segi kontrak pun dah tau, siapa yang lebih untung. .

5. Agama Islam
5a. Perkara ini sebenarnya sulit untuk diterjemahkan. Hari ini, umat manusia khususnya dari Negara Malaysia lebih mementingkan politik dari agama. Politik pula adalah paksi kehidupan manusia. Jadi, pemimpin hari ini suka mengulas isu berdasarkan ilmu politik bukan ilmu agama. Sekiranya kita hanya memperjuangkan pembinaan masjid, pelajaran subjek Agama Islam di Sekolah (entah sampai tak 1% dari ilmu Islam yang sebenarnya perlu ada lama diri umat Islam), tetapi yang mengamalkan Islam tidak pula dipraktikkan dalam dunia hari ini. Kebersihan adalah contoh terbaik, berapa banyak sampah yang ada di tepi jalan khususnya kat traffic light, belum lagi dikira didalam longkang...bersambung...........

FDI dan Wawasan 2010

ni adalah bingkisan dari pandangan peribadi aku...

1. Malaysia dikatakan sedang menuju untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. mungkin, wawasan adalah wawasan, namun angka pendapatan perkapita seorang oenduduk dan sebuah negara maju masih jauh untuk dicapai oleh negara dan rakyatnya.

2. Tahun lepas, FDI Malaysia jatuh ke paras yang terendah dalam tempoh sedekad (anggaran sahaja). Kerajaan menyatakan bahawa FDI negara masih ditahap yang normal, tetapi penarikan balik pelabur luar adalah 4 kali ganda dari kemasukan pelaburan. bermakna, FDI kita telah menyusut ke paras defisit.

3. sepanjang lebih 10 tahun (sejak negara mengalami kejatuhan 1998), negara membuat perbelanjaan defisit. setiap tahun kita terpaksa menambah hutang. walaupun lebih 70% hutang negara adalah dari sumber dalam negara, tetapi kita masih mengekalkan defisit. Angka defisit ini cukup mudah untuk ditafsir, bayangkan kita telah menggunakan Credit.Card setiap tahun, tahun pertama hutang kita adalah RM1 ribu, hutang ini meningkat setiap tahun walaupun kita membayar minimum payment setiap bulan, selepas 12 tahun menggunakannya, hutang CC ini menjadi RM4ribu.

4.Kebanyakan hasil negara adalah tercipta dari keuntungan SBK/GLC, terutamanya Petronas dan cukai LHDN dan Kastam. Penganalisis ada menyatakan bahawa sekiranya negara terlalu mengongkong sektor swasta dan kebanyakan core business adalah diterajui oleh Kerajaan, negara sukar berkembang dan menyukarkan pelabur asing untuk melabur di negara ini.

5. situasi dalam negara yang masih berpaksikan sensiviti perkauman, isu-isu politik telah mengakibatkan pelabur lebih berminat untuk melabur di Thailand, Phil dan Indonesia. Walaupun umum mengetahui Thailand terkenal dengan pergolakan politik Merah dan Kuning, tetapi kawasan pelaburan mereka sentiasa aman. bagi Thailand, Indonesia dan Philipina, setiap rakyat diberi kebebasan bersuara, warga Universiti memainkan peranan sebagi tunjang golongan muda untuk menegur Kerajaan, kebebasan diberikan, tidak ditimbulkan isu-isu sensitif seperti perkauman, NGO bergerak atas dasar pemikiran dan kebebasan, bukannya perkauman. Walaupun keadaan rakyat negara2 ini jauh lebih kebelakang berbanding dengan Malaysia, tetapi pencapaian ekonomi mereka sudah mendahului kita.

6.Vietnam adalah sebuah negara membangun yang telah melintas kita berdasarkan FDI. Oleh itu, tiada yang mustahil atas apa yang akan terjadi suatu hari nanti. Malaysia masih terselamat kerana rakyat kita hanya diduduki oleh 26juta + 4juta warga asing (warga seluruh dunia). jadi angka 30juta masih lagi mampu untuk dibelanjakan oleh negara berdasarkan pendapatan yang ada. ini kerana walaupun Thailand, Indonesia dan Philipina tersebut mendapat pendapatan yang lebih sekali atau 2-3 kali ganda daripada Malaysia, tetapi warga negara mereka adalah berkali-kali ganda dari negara ini.

7. ketika ini, pemikiran rakyat adalah menolak kebanjiran pekerja asing di dalam negara. Namun, dari pandangan dunia, sekiranya kebanjiran pekerja asing dan imigran asing ke sesebuah negara, maka negara tersebut telah terkenal dengan lubang rezeki dan tempat mencari pekerjaan. Negara seperti USA, England, Francis, Australia dan Belanda telah dibanjiri oleh imigran dan pekerja asing. Di USA, warga mexico lebih berminat untuk datang ke USA. Oleh itu, kita sepatutnya bangga kerana dapat memberikan peluang pekerjaan kepada negara2 dunia ketiga yang lain, kerana pencapaian kemajuan dan pembangunan kita sudah mencapai ke satu tahap antara negara yang menjadi sumber pekerjaan manusia.

8. Kebanyakan majikan mengambil pekerja warga asing bagi sektor yang menjadi akar umbi seperti restoran, kedai2 runcit, kedai keperluan, buruh pembinaan, operator kilang kerana mereka ini setia kepada majikan mereka. angka ini bukanlah 100% setia tetapi mereka bekerja dalam satu tempoh yg lama. Gaji yang mereka peroleh adalah kecil dan majikan tidak perlu mencarum ke dalam KWSP. selain itu, majikan besar seperti kilang, sektor pembinaan lebih berminat berurusan dengan agen, bukannya buruh dan operator. jadi, kontrak pekerja operator kilang ditawarkan kepada agen. Agen pula jarang mengambil pekerja tempatan kerana pekerja asing lebih menguntungkan. setiap jam mereka akan mengambil potongan dari pendapatan pekerja asing ini, itu belum lagi dikira kos2 permit dan sebagainya. Jadi pekerjaan sebagai agen ini boleh mendatangkan keuntungan rm50-1000 setiap bulan bagi setiap seorang warga asing yang digajinya. bayangkanlah sekiranya seorang agen mempunyai lebih 100 orang warga asing dibawahnya.

9. Negara Malaysia tidak pernah untuk cuba mencontohi negara2 maju seperti Singapore. Di Singapore, agen bagi warga asing juga akan dikenakan tindakan undang2 sekiranya pekerja mereka melakukan jenayah, ataupun didera oleh majikan (rumah sekiranya bekerja sebagai pembantu rumah). Di Singapore, setiap 3 bulan, agen2 ini perlu membuat pemeriksaan terhadapat pekerja dibawah jagaan mereka disetiap rumah warga asing ini bekerja. Sekiranya terdapat salahlaku dan penderaan, agen2 inilah yang akan membuat laporan polis. jadi, kebajikan pekerja akan dijaga. sekiranya warga asing itu melarikan diri, agen perlu membuat laporan polis dan mengemaskini maklumat warga asing dibawah seliaan mereka di pejabat imigresen. Jadi di Malaysia, agen bagi pekerja asing seperti majikan yang goyang kaki, tiada undang2 yang boleh mensabitkan kesalahan mereka, tiada hubungan untuk mengaitkan mereka jika mereka tidak menjada kebajikan warga dibawah seliaan mereka tetapi dalam masa yang sama, mereka akan mendapat untung setiap jam dari kerja yang dilakukan oleh warga dibawah seliaan mereka ini..

10. Negara Malaysia terkenal dengan senario politi ibarat PRU itu akan berlaku setiap bulan, bukannya 5 tahun sekali. Media masa, tidak kira dari internet, suratkabar, television, hampir setiap jam, setiap hari menceritakan perihal politik lebih daripada perihal masalah negara. sekiranya tiada unsur berkaitan politik, seperti tidak makan nasi sehari. macam cacing kepanasan. itulah negara Malaysia. berbeza dengan negara lain.jadi, disini adalah salah siapa, adakah pemikiran wartawan yang masih mundur, interview pemimpin politik untuk mengulas terhadap musuhnya ataupun pemimpin itu sendiri tidak profesional. NGO yang berpaksikan perkauman juga dikatakan terlalu menunjuk-nunjuk. tetapi umum tidak pernah menyebut, berapakah perbelanjaan harian rakyatnya, pendapatan sebulan, sekiranya ditolak pendapat dan perbelanjaan, adakah masih lagi dapat disimpan ataupun dihutang. tidak pula diselesaikan isu2 ini.

sekian....bersambung next episeod.