Jutawan kosmetik gemar jual beli tanah raih untung
SHAH ALAM: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh pada Ogos tahun lalu mempunyai RM40 juta simpanan dalam akaun peribadinya dan memang gemar berniaga jual beli tanah untuk mendapatkan keuntungan.
Perkara ini dimaklumkan oleh bekas suaminya, Buhari Mohamed, 62, seorang ahli perniagaan yang mendapat maklumat mengenai wang berkenaan daripada anaknya.
Buhari yang menjawab pertanyaan peguam Manjeet Singh Dhillon, dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir, semalam berkata beliau mendapat sedikit maklumat mengenai status kewangan dan kedudukan syarikat milik Sosilawati pada Ogos 2010.
Buhari yang menjawab pertanyaan peguam Manjeet Singh Dhillon, dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir, semalam berkata beliau mendapat sedikit maklumat mengenai status kewangan dan kedudukan syarikat milik Sosilawati pada Ogos 2010.
Manjeet: Tahun lalu, beliau kena tindakan sebab buat perjanjian tetapi tak mahu jual?
Buhari: Ya
Manjeet: Bila dapat tahu kes itu?
Buhari: Saya tidak tahu. Tapi saya mengendalikan kes itu sekarang. Bila beliau dah tak balik rumah, anak saya minta tolong dan kes itu sudah selesai.
Manjeet: Bangunan itu sudah dijual kepada orang berkenaan?
Buhari: Ya.
Beliau juga memberitahu mahkamah, tidak tahu tanah itu dijual kepada syarikat milik seorang wakil rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil atau kepada pihak lain.
Ketika pemeriksaan utama, Buhari yang juga saksi pendakwaan ke-24 memberitahu mahkamah, Sosilawati pernah membuat perjanjian pembelian tanah di Pulau Pinang dengan Muthuraja Allal Kathan pada 2008.
Buhari berkata, bekas isterinya itu pernah memintanya melihat satu dokumen perjanjian jual beli sebidang tanah di Pulau Pinang, di pejabat tertuduh pertama, N Pathmanabhan, pada 2008 kerana beliau ada sedikit pengetahuan mengenai perjanjian dan pernah bekerja sebagai pengurus bank.
“Saya komen maklumat penjual atau pemegang 'title'. Nama pada perjanjian iaitu Muthuraja a/l Allal Kathan, tidak lengkap. Sekurang-kurangnya (perlu) ada nombor kad pengenalan atau pasport untuk ketahui identiti penjual," katanya kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof.
Sebelum ini, akhbar pernah melaporkan kehilangan seorang ahli perniagaan dari India bernama Muthuraja Allal Kathan ketika siasatan kes kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya sedang dijalankan. Bagaimanapun, semalam, identiti sebenar lelaki bernama Muthuraja dalam perjanjian itu tidak ditimbulkan.
Buhari berkata, beliau juga mengulas nama syarikat dalam perjanjian berkenaan, iaitu Southern Symphony tidak ditulis dengan nombor pendaftaran syarikat serta hanya tandatangan pembeli tanpa maklumat pengenalan diri.
Katanya, beliau juga mempertikaikan bahawa Sosilawati ketika itu tidak pergi ke Madras, tetapi perjanjian ada membabitkan peguam di India serta tiada pengesahan kewujudan individu dalam perjanjian itu dari kedutaan di India.
Buhari: Saya kata, perjanjian ini (tanah) bermasalah yang ada lagi kaveat. Last (akhirnya) saya tanya dia (tertuduh) andai kata masalah timbul selepas tanah dibeli dan dijual semula dan keuntungan dibahagikan, pihak ketiga akan buat tuntutan dan tanah tidak boleh didaftar balik atau dipindah milik, siapa akan tanggung kerugian ini.
Ishak: Apa reaksi Sosilawati dan Pathmanabhan?
Buhari: Pathma kata seorang peguam yang agak lama dan berkata masalah ini boleh diselesaikan. Sosilawati tidak ada komen, cuma saya kesal (kerana) ketika beliau bawa saya, perjanjian itu sudah ditandatangani dan duit deposit 10 peratus sudah dibayar.
Ishak: Macam mana awak tahu?
Buhari: Sebab beliau beri saya salinan dokumen ditandatangani.
Saksi itu berkata, suasana perbincangan sedikit hangat kerana beliau banyak mengulas mengenai perjanjian itu, tetapi Pathmanabhan ada berkata dia adalah peguam dan lebih faham daripadanya (Buhari).
Terdahulu, Buhari memberitahu mahkamah, beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya, Erni Erinawati Sofia, kira-kira jam 10 pagi pada 31 Ogos lalu, dan memaklumkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas keluar ke Banting pada 30 Ogos.
Katanya, beliau ke Banting untuk mencari pejabat lama Pathmanabhan di Jalan Abdul Samad, tetapi gagal selepas mencari dua hingga tiga jam dan selepas berbincang, anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana diminta membuat laporan polis dan laporan orang hilang pada 2 September.
"Saya ada hubungi Pathmanabhan pada 2 September dan bertanya di mana Sosilawati yang pergi berjumpa dengannya pada 30 Ogos (kerana) hingga sekarang tidak balik-balik. Saya beritahu, anak saya sudah buat laporan polis dan beliau terpaksa bertanggungjawab.
"Dia kata ‘Sosilawati seorang yang baik dan pernah berurus niaga dengannya. Macam mana boleh hilang.’ Saya tidak komen terhadap apa yang dia katakan," katanya.
Buhari juga memberitahu mahkamah, beliau mendapat nombor telefon Pathmanabhan ketika perjumpaan pada 2008, tetapi ketika mencari pejabat peguam itu, beliau tidak mengingati nombor telefon kerana ditulis pada salinan dokumen perjanjian jual beli tanah diberikan kepadanya dan dokumen itu ada di pejabatnya.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Manjeet, saksi itu mengakui ada bertanya kepada Sosilawati sama ada sudah membayar wang deposit 10 peratus itu dan dimaklumkan wang berkenaan sudah dibayar tetapi jumlahnya tidak mencecah 10 peratus.
Search This Blog
Wednesday, August 03, 2011
Friday, July 08, 2011
Manifesto Pilihanraya (Undilah saya)
Berikut adalah manifesto parti saya sekiranya saya diberikan mandat:-
1.Sektor IT
-Tiada sekatan terhadap Laman Sesawang lucah
-Sekatan mungkin dikenakan kepada blog2 yg tidak memaparkan aksi lucah.
2.Sektor Utiliti
-kesemua 14 Loji Nuklear akan dibina di belakang rumah setiap MB dan CM termasuk dibelakang kuarters saya di Putrajaya (Kuarters PM). Ini dapat menjimatkan kos menghasilkan Tenaga elektrik dan semua loji yang menggunakan arangbatu dan gas akan ditutup.
-Elektrik, Air dan Pembentungan akan disatukan dibawah satu syarikat dinamakan syarikat Utiliti (GLC). Bil utiliti ini akan dinaikkan 8 kali ganda daripada harga sekarang. Ini bertujuan supaya rakyat sentiasa berjimat dan bil utiliti ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Leshoto dan Uganda.
3.Sektor tenaga kerja
-1 juta amah warga mongol akan dibawa masuk kerana mereka ini lebih menarik.
4.Subsidi
-Semua subsidi akan dihapuskan bagi mengelakkan pembaziran dan juga dapat dinikmati oleh warga asing.
5.Keperluan asas
-Barang keperluan wajib menaikkan harga barang setiap bulan.
-Cukai perkhidmatan akan dinaikkan menjadi 75% (services Tax) - sekarang hanya 6% sahaja.
-GST juga akan dilaksanakan
6.Pentadbiran
- daripada 26 Kementerian akan menjadi 5 Kementerian sahaja iaitu PM, Kem Duit&Ekonomi, Kem Sosial, Kem Keselamatan dan Kem Infra. Ini dapat menjimatkan dari segi bayaran gaji dan kos operasi.
-Kakitangan Kerajaan akan diberi bonus 5bulan gaji setiap tahun.
7.Menjaga Keamanan
-Tidak boleh berkumpul melebihi 5 orang. Ini akan mengancam kestabilan Negara.
-Sesiapapun tidak boleh membuat kenyataan akhbar kecuali mendapatkan permit p0lis terlebih dahulu.
-Penjenayah tidak akan dibicarakan sebaliknya ditembak mati ditempat kejadian bagi mengurangkan penjenayah di negara. Ini boleh menjimatkan kos operasi di penjara dan mahkamah kerana kes ditutup.
8.Pendidikan.
-Pendidikan seks secara video porno akan menjadi matapelajaran wajib bagi tingkatan 1-5 dan dimasukkan di dalam PMR dan SPM.
-Semua peminjam PTPTN akan ditukar kepada biasiswa (Hanya diberi kepada mereka yang mempunyai kad keahlian parti saya sahaja).
9.Ekonomi
-Cukai kenderaan akan dinaikkan 15 kaliganda dari harga sekarang. Ini bagi menjimatkan penggunaan petrol.
-LHDN akan menaikkan kadar cukai 150 kali ganda dari kadar sekarang.
10. Kebaikannya
-Setiap pengundi dan ahli parti akan dibayar RM100k setiap tahun dan mengambilnya dipejabat pos. Pengundi ini perlu menunjukkan resit undian yang menyokong parti kami.
-Negara mampu mencapai negara maju menjelang 2020 kerana setiap rakyatnya berpendapatan minimum RM200k (Suami + Isteri) walaupun tidak bekerja.
Undilah saya untuk generasi yang lebih baik
*Cerita dan manifesto ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Sekiranya terjadi,hanyalah kebetulan semata-mata.
Monday, June 06, 2011
Massachusetts tornado (USA)
Monday, May 09, 2011
Gula oh Gula. naik lagi
1. Esok, bermula 20 Mei 2011, Kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula menjadi RM2.30, dengan kenaikan sebayak RM0.20. Harga ini masih dianggap munasabah jika dibandingkan dengan peningkatan harga gula di pasaran global.
2. Kenaikan gula ini adalah disebabkan kekangan peruntukan subsidi di mana kerajaan tidak mampu untuk menampung pertambahan perbelanjaan subsidi terutamanya subsidi gula yang dikatakan sudah hampir habis dibalanjakan walaupun negara baru berada pada bulan 5 bukannya bulan 12 tahun 2011. Oleh itu, kenaikan ini terpaksa dilakukan bagi mengelak kerajaan daripada menaikkan harga gula secara mendadak sekiranya siling subsidi gula ini telah habis digunakan sebelum genap setahun bagi peruntukan subsidi gula.
3. Kerajaan tidak pernah menguatkuasakan penggunaan gula terutamanya di restoran-restoran, kilang-kilang termasuk industri kecil yang membuat kuih muih kerana penggunaan mereka ini adalah melampaui kesihatan normal manusia. bagi sesebuah keluarga, penggunaan gula masih di tahap minimum kerana berapa sudu teh sahaja yang digunakan sehari berbanding restoran dan kedai2..
4. Kerajaan telah melakukan kesilapan dari dahulu lagi kerana tidak menghadkan penggunaan gula dalam kehidupan rakyat seharian. kemurahan harga gula dari dulu menyebabkan kedai2 makan menggunakannya pada tahap yang maksimum,dan kemanisan makanan dan minuman telah sebati dengan kehidupan masyarakat pada hari ini..
Bersambungg././////
Subscribe to:
Comments (Atom)






